Tarbiah formal dan bukan formal DUPP - Dato' Dr Mahfudz Mohamed

PENGKALAN CHEPA, 13 Jun -Dato' Dr Mahfudz Mohamed, Naib Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat menjelaskan Dewan Ulamak kini sedang memperkasakan penambahan keahliannya melalui Lajnah Keahlian PAS.


Beliau yang menjawab persoalan perwakilan berkenaan, beliau berkata selain daripada lepasan ijazah jurusan agama, ulamak muda juga boleh dianggotai oleh muslimin muslimat PAS atau dari semua peringkat boleh bertanding dari semua peringkat sejajar dengan slogan 'PAS untuk semua'.


Walau bagaimanapun, untuk DHPP pula syarat menjadi muslim adalah perlu sebelum bertanding.


Beliau menerangkan, tarbiah di Dewan Ulamak mempunyai cara iaitu, tarbiah formal dan bukan formal.


"Kini, Dewan Ulamak melalui lembaga IPTS PAS Pusat, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhamad akan beroperasi pada Julai dan Ogos ini,


"Selain itu, Dewan Ulamak juga mempunyai manhaj dan kurikulum yang lengkap dan beliau menyeru mana-mana individu yang mempunyai sekolah persendirian bolehlah mendaftar ke Dewan Ulamak supaya dapat diselaraskan dengan Majlis Pendidikan PAS Pusat sekaligus dapat mengelakkan gangguan dari pada pihak Majlis Agama Negeri.


Dewan Ulamak juga katanya, akan melaksanakan dan menggaris satu panduan kepada majlis penerangan untuk DHPP berkenaan dengan isu arak dan judi.


Menjawab persoalan perwakilan Sarawak berkenaan kehadiran Ulamak membantu dalam urusan tarbiyyah, beliau memaklumkan bahawa Dewan Ulamak telah pun turun ke Sawarak lebih 5 tahun lepas dan mungkin ketika itu, cawangan PAS Sarawak masih belum ditubuhkan.


Beliau juga berharap PAS Sarawak dapat menjemput Dewan Ulamak sekali lagi untuk turun ke Sarawak.


"Dewan Ulamak juga menegaskan akan memberi sokongan untuk turun demonstrasi membantah judi pada 3 Julai ini," tambahnya.